web widgets

Wednesday 22 February 2012


Sekolah Convent secara amnya amat berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang dahulunya diuruskan oleh muballigh Kristian di bawah pimpinan   “ Sister of Infant Jesus” .
            Uniknya sekolah ini kerana mempunyai budaya kerjanya yang tersendiri jika dibandingkan dengan sekolah lain. Apabila mendengar sahaja nama Convent, masyarakat sudah mempunyai tanggapan bahawa sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang hebat. Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan ibu bapa ingin menempatkan anak-anak mereka di sekolah ini. Disamping itu, para ibu yang pernah belajar di sekolah ini, ingin meneruskan tradisi mereka dengan menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan seperti mereka dahulu. Dengan itu, jenama  “Convent” menjadi  satu warisan keluarga yang berterusan.
            Sekolah Convent mempunyai budaya tersendiri terutamanya dalam pertuturan dan pergaulan antara warga sekolah dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.
            Berpandukan keistimewaan yang tersendiri, maka sekolah ini terkenal pada pandangan masyarakat. Keunikan sekolah ini adalah kerana warganya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang masing-masing dapat menterjemahkan budaya Malaysia dengan cara tersendiri. Ini jelas kelihatan pada setiap program dan aktiviti yang dijalankan menjurus ke arah 1 Malaysia.
            Ironinya, Sekolah Convent ini bukan sahaja dapat meneruskan sikap kekitaan yang sedia telah ada malah mampu mewujudkan pembudayaan kerja yang terancang untuk mewajarkan amalan dan keupayaan warganya mempunyai ciri –ciri komuniti penyayang dan perhubungan sosial yang berkesan.

Tuesday 21 February 2012

Minggu Bahasa Inggeris

Kem Bestari Solat


Mari Menunaikan Solat!!

Pelancaran NILAM

PENGENALAN

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid  dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.
Ia merupakan satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran atau pengiktirafan.
Program NILAM di SK Convent Sentul (1) merupakan antara program sekolah yang telah sebati dan dihayati sebagai salah satu budaya sekolah dikalangan warganya. Pelaksanaan NILAM di sekolah ini telah dijalankan secara intensif dengan jayanya mulai tahun 2000.
Secara Umumnya, segala pelaksanaan Program NILAM di sekolah ini adalah di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah . Program ini telah mendapat kerjasama dan komitmen sepenuhnya di kalangan pentadbir, para guru , kakitangan sokongan, PIBG, para ibu bapa dan semua murid.
  
MATLAMAT
Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.


APA ITU NILAM ?
NILAM  ialah singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca.


OBJEKTIF
 · Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat  
   membaca. 
· Memupuk minat membaca secara berterusan
· Memupuk semangat perpaduan kaum
· Mewujudkan PSS sebagai tempat bahan rujukan 


Berikut merupakan antara program-program  Nilam yang telah dilaksanakan di sekolah 
ini.



 1. PERTANDINGAN NILAM DUNIAKU :
Merupakan pertandingan yang berkaitan dengan Sudut Nilam di dalam kelas. 
Pertandingan ini melibatkan semua guru kelas, guru bertugas mingguan dan semua 
murid.Penilaian bagi pertandingan ini dilaksanakan oleh Guru bertugas Mingguan. 
Kriteria bagi pemilihan kelas terbaik atau pemenang adalah berdasarkan susun atur meja 
dan bahan bacaan di sudut Nilam, kebersihan, kreativiti, info dan analisis bacaan murid 
dalam program Nilam.

2. PROGRAM BACALAH SAYANG 
Ia merupakan sebuah program membaca secara intensif  dimana murid akan membaca 
dalam tempoh 30 minit dan merekod bahan yang di baca di dalam buku Nilam. Program 
ini dijalankan pada setiap hari persekolahan. Antara lain program ini bertujuan mendidik 
murid memanfaatkan masa senggang di sekolah dengan membaca. Masa pelaksanaan 
program Bacalah Sayang adalah seperti berikut :

Penggal Pertama : 12.30 tgh hingga 1.00 petang ( Dewan ) 
Penggal Kedua       : 7.00 pagi hingga-7.30 pagi ( Kelas )

3. PROGRAM  SAYANG DI SAYANG 
   Program ini dinamakan Sayang Disayang memandangkan murid-murid perlu didampingi dan didekati untuk menambah minat mereka membaca buku. Semasa aktiviti membaca murid yang terpilih akan mendapat galakan membaca daripada mentor yang terdiri daripada kalangan guru.Secara tidak langsung mereka telah didedahkan dengan sifat sayang dan cinta akan buku serta bahan bacaan berkaitan seperti surat khabar, majalah dan sebagainya.
          Program ini juga bertujuan menyemai serta meningkatkan pembacaan murid diperingkat sekolah rendah lagi khususnya di SK Convent Sentul Satu,.Murid-murid yang terlibat dalam Program Sayang Disayang ini ialah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan setiap aliran diwakili oleh 2 orang murid.

4. PROGRAM  RAKAN PEMBACA
Program Rakan Pembaca memberi  penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan 
menggalakkan murid lain supaya dapat memupuk tabiat minat membaca secara 
berterusan.
Murid yang telah membaca buku lebih dari 100 buah buku layak untuk dilantik sebagai 
Rakan Pembaca. Antara ciri-ciri yang dilihat bagi melayakkan murid dilantik sebagai 
Rakan Pembaca ialah telah membaca lebih 100 buah buku sepanjang Program NILAM 
dijalankan.Murid yang dilantik sebagai Rakan Pembaca akan dibimbing oleh guru atau 
fasilitator.

4. PROGRAM  SEKOLAHKU INSPIRASIKU 
( JEJAK MAKLUMAT )

Ia merupakan satu program yang berbentuk pertandingan dan berkonsepkan 
pengembaraan atau 'Explorace'. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang 
mencabar minda dan kreativiti bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang 
terdapat dalam pembacaan. 
Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk 
semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan. Ia bertujuan untuk memupuk 
tabiat membaca di kalangan murid-murid sekolah. Semasa aktiviti dijalankan murid 
ditanam sifat sayang dan cinta akan sekolah.  Peserta bagi program ini terdiri daripada 
kalangan murid tahun 4, 5 dan 6.




Pelancaran Nilam 2012



Pelancaran Nilam 2012