web widgets

Sejarah Sekolah


Sekolah Rendah Convent Sentul ialah sebuah sekolah mubaligh yang telah ditubuhkan oleh ‘Sisters of the Infant Jesus’ pada bulan Januari 1940. Pada mulanya, sekolah ini ditempatkan di Sekolah Menengah Convent Sentul, Kuala Lumpur.
Sekolah Rendah Convent Sentul ini dijadikan sebagai cawangan kepada Convent Bukit Nanas dan pengambilannya terdiri dari anak-anak kakitangan Workshop Kereta Api Tanah Melayu. Bagi permulaannya sekolah ini telah menerima 294 orang murid yang mana terbahagi kepada tujuh buah kelas, iaitu dari darjah satu hingga darjah lima. Semasa perang dunia kedua, sekolah ini telah dijadikan Markas Tentera Inggeris. Apabila sekolah ini dibuka semula selepas Perang Dunia kedua pada tahun 1945, bilangan murid telah bertambah dengan ramainya dari semasa ke semasa.
Dengan bertambahnya bilangan murid yang memerlukan persekolahan di kawasan Sentul, maka Rev. Mother St. Martha, Pengerusi Lembaga Sekolah, telah memutuskan supaya diperuntukkan sebuah bangunan berasingan bagi Sekolah Rendah Convent Sentul.
Dalam tahun 1959, Kerajaan Negeri Selangor telah memberi sebidang tanah yang luasnya dua ekar, 2 roods, 32 sg. Poles secara ‘lease’ kepada ‘Mother Provincial, Sisters of the Infant Jesus” selama 60 tahun di Jalan Tanah Lapang, Sentul bagi maksud membina sebuah sekolah rendah.
Sekolah Rendah Convent Sentul yang baru telah dibina dalam tahun 1960 atas kos sebanyak RM 247 000.00 dan ianya dibiayai oleh kerajaan Negeri Selangor. Sekolah ini ialah bangunan batu dua tingkat dibekalkan dengan elektrik dan air serta diperuntukkan dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
  • Sekolah Rendah Convent Sentul ini telah digunakan pada bulan Januari 1961 dan dibahagikan kepada dua sesi sekolah, iaitu Sekolah Rendah Convent Sentul I dan II.
  • Bagi Sekolah Rendah Convent Sentul I, bilangan muridnya yang bersekolah pada Januari 1961 ialah seramai 950 orang. Guru besar pertama ialah Puan Lee Poh Thian. Kakitangan yang diperuntukkan pada masa itu terdiri daripada 22 orang guru, seorang kerani dan dua orang tukang sapu.
  • Bagi Sekolah Rendah Sentul II, bilangan muridnya yang bersekolah pada Januari 1961 ialah seramai 915 orang. Guru besar pertama ialah Puan F.Amarasinghe dan kakitangan yang diperuntukkan pada masa itu terdiri daripada 21 orang guru, seorang kerani dan dua orang tukang sapu.

Pada tahun 1970, Rev. Mother Ann, Mother Superior Convent Sentul selaku  Pengerusi Lembaga Sekolah telah mendapati bahawa tempat di kantin tidak mencukupi memandangkan bilangan murid-murid bagi sekolah I dan II lebih kurang dua ribu orang. Dengan demikian, perbelanjaan sebanyak RM 26 500.00 telah dibelanjakan untuk membesarkan kantin itu. Dua buah kipas angin juga telah dipasang di tiap-tiap bilik darjah dan bilik agama.
Bagi tujuan menggalakkan murid-murid membaca dan merujuk kepada buku-buku untuk membolehkan mereka meninggikan lagi pengetahuan mereka, maka pada tahun 1981 telah diputuskan untuk membina sebuah bangunan perpustakaan yang luasnya 1872 k.p. Wang sebanyak RM 80 000.00 telah dibelanjakan untuk membina bangunan itu dan ianya diperuntukkan dengan tempat bacaan, rak-rak untuk menyimpan buku-buku dan sebuah bilik Alat Pandang Dengar berhawa dingin. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Encik Annas bin Haji Ahmad KMA, ASDK Pengarah Pendidikan pada masa itu. Tembok di belakang sekolah berharga RM 43 000.00 juga telah dibina dalam tahun 1983 untuk meluaskan tempat permainan bagi faedah murid-murid.

No comments:

Post a Comment