web widgets

Wednesday, 22 February 2012


Sekolah Convent secara amnya amat berbeza dengan sekolah-sekolah yang lain. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang dahulunya diuruskan oleh muballigh Kristian di bawah pimpinan   “ Sister of Infant Jesus” .
            Uniknya sekolah ini kerana mempunyai budaya kerjanya yang tersendiri jika dibandingkan dengan sekolah lain. Apabila mendengar sahaja nama Convent, masyarakat sudah mempunyai tanggapan bahawa sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang hebat. Sehubungan dengan itu, ramai di kalangan ibu bapa ingin menempatkan anak-anak mereka di sekolah ini. Disamping itu, para ibu yang pernah belajar di sekolah ini, ingin meneruskan tradisi mereka dengan menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan seperti mereka dahulu. Dengan itu, jenama  “Convent” menjadi  satu warisan keluarga yang berterusan.
            Sekolah Convent mempunyai budaya tersendiri terutamanya dalam pertuturan dan pergaulan antara warga sekolah dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan.
            Berpandukan keistimewaan yang tersendiri, maka sekolah ini terkenal pada pandangan masyarakat. Keunikan sekolah ini adalah kerana warganya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang masing-masing dapat menterjemahkan budaya Malaysia dengan cara tersendiri. Ini jelas kelihatan pada setiap program dan aktiviti yang dijalankan menjurus ke arah 1 Malaysia.
            Ironinya, Sekolah Convent ini bukan sahaja dapat meneruskan sikap kekitaan yang sedia telah ada malah mampu mewujudkan pembudayaan kerja yang terancang untuk mewajarkan amalan dan keupayaan warganya mempunyai ciri –ciri komuniti penyayang dan perhubungan sosial yang berkesan.

No comments:

Post a Comment