web widgets

Pusat Sumber Sekolah


LATAR BELAKANG PSS

               Pusat  Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah. Ia berfungsi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berkesan dan memberi sokongan kepada usaha belajar sendiri berasaskan sumber.

               Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, PSS merupakan nadi segala pergerakan dan aktiviti ke arah P&P yang berkesan. Ia perlu menjadi ‘Centre of Action’ , ‘Centre of Learning’ dan ‘Centre of Consultancy’. Sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi P&P, ia memainkan peranan utama sebagai  agen  perubahan ke arah rakyat yang celik maklumat dan ilmu pengetahuan. Peranannya perlu diperkukuhkan lagi sekiranya negara ingin mengeluarkan pekerja bermaklumat (knowledge worker) sebagai pemimpin generasi masa depan.

            Tahap penggunaan PSS di kalangan guru-guru dan para pelajar masih belum mencapai tahap optimum. Perancangan yang teliti dan berfokus perlu dilaksanakan agar peranan sebenar PSS sebagai nadi sekolah dan penyokong utama dalam peningkatan prestasi sekolah tercapai.

VISI

PSS CEMERLANG  PERINGKAT NEGERI 2013


MISI

MENJADI NADI SEKOLAH DAN PUSAT PENGUMPULAN SERTA PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT YANG CEMERLANG


MATLAMAT

  1. Menjadikan PSS sebagai nadi kepada kecemerlangan sekolah. 
  1. Mengumpul, menyimpan dan mengedarkan pelbagai jenis maklumat serta   
          menyediakan perisian pendidikan  kepada pelajar dan guru-guru.

     3.  Membentuk masyarakat berbudaya ilmu dan gemar membaca. 


OBJEKTIF:

1.     Mengautomasikan 100% data bahan buku dan bahan bukan buku.

         2.   Meningkatkan bilangan rakaman program-program sekolah ke dalam bentuk
               CD.

         3.   Menyimpan dan memelihara  semua bahan dokumentasi program-program
               yang dijalankan di sekolah.

         4.   Meningkatkan kecekapan pengurusan  fail dan  data

         5.   Memantapkan Program NILAM

         6.   Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui  pencapaian
               dan penggunaan maklumat  secara sistematik.

         7.   Meningkatkan jumlah penggunaan media dan BBM dalam P& P.

   SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


   Tahun 1980 -Bangunan PSS siap dibina dengan perbelaanjaan sebanyak RM
                          79,344,00.
           1980 - Dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia En. Annas bin Haji                   
                       Ahmad iaitu Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan .
1980-2002 - Bilik Perpustakaan dan bilik media berkongsi dengan SKCSD. Semua 
                     kemudahan fizikal berkongsi dengan SKCSD.
         2002  –Bilik Kaunseling ditempatkan disebelah kanan di dalam bilik perpustakaa
2000- 2008- Semua mesyuarat /taklimat/kursus dalaman dijalankan di dalam
                      Perpustakaan kerana bilik gerakan belum diwujudkan
         2004 – Bilik Perpustakaan dan Bilik APD/Media diasingkan dengan SKCSD tanpa 
                    dinding.
         2005 -Dinding pembahagian   telah diletakkan untuk 
                   mengasingkan perpustakaan SKCSS dengan SKCSD.
        2006 - Pengubahsuaian  tempat letak kaunter peminjaman dan pemulangan buku.
                  Dinding di tangga keluar ke kantin PSS telah diletakkan dengan kerjasama
                    PIBG SKCSS
 Dis  2009 – Bilik APD dipecahkan dan peralatan multimedia dipindahkan ke tingkat 3
                    Bilik perpustakaan menjadi lebih luas untuk pergerakan murid.
                    Beberapa ruang khas telah diwujudkan
                    Bilik kerja GPM diwujudkan di dalam perpustakaan
       2010  - Bilik Perpustakaan berasingan dengan bilik APD/media
Bilik GPM boleh beroperasi dengan sepenuhnya.
Kemudahan Fizikal semakin bertambah
2010Sekarang
- Kedua-dua bilik  ini mempunyai penyelaras bilik yang dilantik
                 khas oleh pihak sekolah.


Pusat Sumber SKCSS telah diubahsuai pada tahun 2010. Pengubahsuaian ini dilakukan adalah kerana untuk meningkatkan lagi keselesaan murid. Selain itu Pusat Sumber juga merupakan sumber rujukan guru dan murid.  Bahan bacaan juga ditambah setiap tahun selain daripada bahan rujukan lain.



Perlantikan Pengawas PSS 2011
PSS




No comments:

Post a Comment